Tuesday, June 15, 2010

bersolat , doa boleh atasi tekanan....

Assalamualaikum....

lama benar mama meninggalkan blog ini, namun bukan bermakna mama telah melupakan. cuma waktu dan kesempatan tidak ada untuk mama menukilkan sesuatu. insyaallah, selepas ini mama akan sajikan untuk anda satu pengembaraan hidup. Hidup sang pengembara.......

( bersolat, doa boleh atasi tekanan)

apabila berdepan dengan masalah,lazimnya diri diselubungi tekanan,malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak pernah berkesudahan. ada beberapa cara boleh kita amalkan.......

* anggaplah masalah itu sebagai satu ujian yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: patutkah beriman,sedang mereka tidak diuji( dengan sesuatu cabaran) dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka.maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang yang berdusta ( al-angkabut :2-3)

* setiap masalah ada hikmatnya, seperti dapat mengugurkan dosa. nabi s.a.w bersabda maksudnya : tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun- daunnya( hadis riwayat al-bukhari)

* ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. nabi s.a.w bersabda, maksudnya: sesiapa dikehendaki Allah bagiya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya ( hadis riwayat al'bukhari )

Wednesday, December 16, 2009

Ya allah berkati kami

" SEBAIK- SEBAIK WANITA ADALAH WANITA YANG MENYENANGKAN BILA DILIHAT, TAAT BILA DISURUH DAN TIDAK MENGKHIANATI JANJI KELUARGA DAN HARTANYA ATAU MENGKHIANATI SESUATU YANG DIBENCI OLEH SUAMINYA ( HADIS RIWAYAT: IMAM AHMAD, NASAI DAN HAKIM)



Assalamualaikum.... ya Allah berkati kehidupan kami.....

WAHAI SEKALIAN MANUSIA! BERTAKWALAH KEPADA TUHAN KAMU YANG TELAH MENJADIKAN KAMU ( BERMULA) DARI DIRI YANG SATU ( ADAM) DAN YANG MENJADIKAN DARIPAANYA ITU PASANGANNYA ( HAWA) DAN JUGA MEMBIAK DARI KEDUANYA ZURIAT KETURUNAN LELAKI DAN PEREMPUAN YANG RAMAI DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH YANG KAMU SELALU MEMINTA DENGAN MENYEBUT-MENYEBUT NAMANYA SERTA PELIHARALAH HUBUNGAN ( SILATURRAHIM) KAUM KERABAT KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU........ ( SURAH AN-NISAA' AYAT 1)

Wednesday, November 4, 2009

salam rindu buat semua

Assalamualaikum............

telah begitu lama aku tidak menitipkan sesuatu buat kawan-kawan dan juga buat anak-anak didik kesayangan mama......

yealah mama sibuk menguruskan, sesuatu yang pasti kamu semua nak mendengarnya.... dari dulu lagikan kamu semua sering bertanyakan hal ini...

jadi hari ini...
mama ingin menjembut anak-anak mama semua
kenalan dan juga sesiapa saja yang pernah mengenali mama dalam perjuangan dakwah ini ke rumah mama. hari dan tarikh adalah sebagaimana berikut:

Majlis Kenduri Kesyukuran

pada: 28 november 2009 ( raya haji ke- 2)

sempena: Perkahwinan Mamamu

SUHAIDAH BTE. SUHAIMI & UST ROSDI BIN. JUSOF

di Kg Bukit Mak Lipah 16400 melor kota bharu kelantan


jadi selepas ini, mama layak untuk kamu panggil mama kan........

*jangan lupa ya sayang... jemput ke rumah mama semua... mama janji lepas ni mama akan masukkan foto-foto untuk tatap anak-anak didik mama semua...

bye... ingat Allah selalu...

Tuesday, July 7, 2009

Adab-Adab membaca al- Quran



Membaca al-quran merupakan satu ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut akan diberi ganjaran pahala. Selain menimbulkan kesedaran ia juga padat membersihkan jiwa manusia.
Rasullah s.a.w menyeru para sahabatnya agar meluangkan masa untuk membaca dan memahami al-Quran. Di sini disertakan adab-adab membaca Al-quran, agar dapat menjadi panduan untuk kita bersama.

Malam jumaat : Surah al-baqarah, Surah al-maidah
Malam sabtu :Surah Al- An’am Surah Hud
Malam Ahad :Surah Yusuf, Surah Maryam
Malam Isnin :Surah Taha, Surah Al- Qasas
Malam Selasa :Sarah al- angkabut, surah sad
Malam rabu :Surah al- tanzil, surah al-rahman
Malam khamis :Menghabiskan surah-surah yang selebihnya

Membaca Quran untuk keberkesanannya perlu kepada adab-adab tertentu, antaranya:

1.Disunatkan berwuduk, memakai pakaian bersih dan di tempat yang bersih
2.Disunatkan membaca “ hanzalah” dipermulaan bacaan
3.Disunatkan bersugi sebagai membesarkan al-quran dan memuliakannya
4.Hendaklah diberi perhatian membaca: basmalah….
5.Disunatkan membaca dengan penuh perhaitan dan kefahaman dengan demikian dapat melapangkan dada dan menyinarkan hati.
6.Disunatkan menangis atau menimbulkan tangisan sewaktu membaca Al-quran atau melahirkan perasaan sedih dan khusyuk.
7.Memerdukan suara apabila membaca al-Quran
8.Disunatkan membaca dengan tafkhim
9.Disunatkan mengangkat suara atau merendahkan suara apabila membaca al- quran, ini bergantung kepada suasananya.
10.membaca di mushaf lebih afdal daripada membaca secara hafalan.
11.Apabila pembaca tersilap atau terlupa hendaklah dibacakan ayat sebelumnya semula
12.Makruh memutuskan pembacaan dengan percakapan manusia
13.Sebaik- baik bacaan adalah mengikut tertib yang tersusun dalam mushaf
14.Waktu yang diutamakan membaca Al-quran ialah ketika di dalam sembahyang, waktu malam, separuh akhir malam dan sebaik-baik siang selepas subuh.
15.Memelihara kehendak-kehendak maksud ayat apabila membacanya, apabila membaca ayat sajdah hendaklah dilakukan sujud.
16.Disunatkan berpuasa pada hari khatam al-quran
17.Diakhiri bacaan al-quran dengan “ sodako allahu al-a’zim”

Thursday, June 25, 2009

terkenang - kenang waktu dulu.

( wahai sekalian manusia! bertakwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
( bermula) dari diri yang satu ( Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam)itu pasangannya (hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya serta peliharalah hubungan ( silaturahim) kamu kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kamu.

( Surah An-nisa' Ayat 1)


kenangan bersama peserta Kem Kecemerlangan pelajar Istimewa UM
Kem Permai, Kuching Serawak.



kenangan bersama perserta kursus kecemerlangan akedemik ( KKA)
Air Keruh Melaka


Tuesday, June 23, 2009

selamat hari bapa.....



Ayah....

suatu waktu dulu
aku budak perempuan yang suka merajuk
suka meragam...
kalau ayah marah sikit
malam tu mesti aku tak balik rumah....
aku lari rumah Pakngah


suatu waktu dulu
aku budak perempuan yang degil
aku tidak menjawab bila ayah mengatakan sesuatu
tapi...
aku suka melanggar laranganmu ayah

suatu waktu dulu..
aku budak perempuan yang tak nampak macam perempuan
kawan-kawan aku semua budak-budak lelaki
seronok kawan dengan laki-laki..
main tembak-tembak..
main lumpur...
mandi sungai..

tapi bila aku mula meningkat remaja...
kawan-kawan aku yang dulu tak nak kawan aku lagi
katanya aku tak boleh buat apa yang mereka boleh buat
aku tak kuat macam mereka,
aku tak lasak, aku cepat menangis kalau sakit sikit bila mereka tumbuk aku...

lama-lama..
aku yang mengasingkan diri
Ma, cakap....
aku budak perempuan bukan laki
perangai mesti jaga...

kini...
aku faham, mengapa ayah marah aku dulu....
kenapa ayah larang aku dulu...
kenapa ayah rotan aku dulu....

sebab...
dia nak aku jadi
WANITA SOLEHAH

TERIMA KASIH AYAH..... ( TENGOK WAJAH AKU MACAM AYAHKAN?)
AKU SAYANG AYAH & MA
( SUHAIMI & SHAMSIAH)

Monday, June 1, 2009

Ya Allah

firman Allah:
" semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadanya, setiap waktu dia berada dalam aktivitinya"

apabila laut bergelombang,ombak bergelora dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: Ya Allah....

apabila seseorang tersesat ditengah padang pasir atau di hutan rimba, bingung mencari arah tuju mereka akan menyeru Ya Allah.....

apabila tertimpanya musibah, bencana melanda dan berlakunya tragedi dasyat, mereka akan menyeru Ya Allah......

apabila pintu ditutup dihadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang-orang yang meminta, mereka akan menyeru Ya Allah.....

apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah ditekan-tekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul mereka akan menyeru, Ya Allah...

hanya kepadanya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan dan ratapan derita yang membingungkan.

hanya kepadanya kedua tapak tangan ini dihulurkan setiap kali menjelang subuh iaitu tangan tangan orang yang memerlukan pertolongannya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa......

ketika lidah bersenandung menyebut namanya, memohon, mengharap dan memanggil. dengan menyebutnya, dimana hati menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, sataf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.


ALLAH....... BAGIMU SEGALA KEKAYAAN DAN KEABADIAN, KEKUASAAN DAN KEKUATAN, KEANGUNGAN, KEAMPUNAN DAN KEBIJAKSANAAN

ALLAH...... BAGINYA KEBIJAKSANAAN, PERTOLONGAN, KERIANGAN BANTUAN CINTA DAN KEBAIKAN

ALLAH...... SANG PEMILIK SEGALA KEAGONGAN, KEBESARAN, KEWIBAWAAN DAN KEPERKASAAN

SEKALIPUN KULUKISKAN KEAGUNGANMU DALAM BAIT-BAIT PUISI
SEBAGAI TANDA KESUCIAN YANG MEMPERERAT JIWA
ENGKAU TETAP MAHA AGUNG
DAN TEMPAT SEGALA YANG BERMAKNA
YA aLLAH, HANYA PADA KEAGUNGANKU
SEGALA TERASA LAPANG..........

YA ALLAH,gantilah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan dan hilangkan rasa takut ini kepada ketenteraman

YA ALLAH, berilah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. berilah raasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian dan berilah dengan kemenangan yang nyata.

YA ALLAH, lenyapkan segala keraguan dengan cayaha mentarai di ufuk timur. hancurkan segala kebatilan yang bersarang si dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteramu.

YA ALLAH, hindari kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaraan dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

kami berlindung kepadamu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadamu. kami berlindung dan bertawakal hanya kepadamu, kami berlindung dari kepasrahan kecuali pasrah kepadamu. kami meminta hanya kepadamu, memohon pertolongan hanya kepadamu. hanya engkaulah sebagai pelindung kami kerana engkaulah sebaik-baik pelingung dan sebaik-baik penolong.